Seminggu selepas itu, Ana memperkenalkan Qayyum padaku. Memang benar sangkaan aku, Qayyum memang agak kacak orangnya. Ana mempertemukan kami sewaktu kelas Psikologi. Kenapa selama ini aku tidak terperasankan orang yang sekacak itu? Ah, terasa benar aku terlalu bertumpu pada pelajaran. Rasa hebat juga. Melihatkan kemesraan mereka berdua, aku menjadi cemburu. Bukan apa, dari segi penampilan, rasanya aku lebih kemas dan teratur berbanding Ana yang berpakaian agak pelik. Maklumlah orang seni. Tapi melihatkan kepada penampilan Qayyum, tidak nampak pula jiwa seni padanya. Kerana biasanya mataku selalu terpandangkan orang-orang seni ini berpakaian pelik-pelik. Tapi tidak Qayyum. Penampilannya biasa sahaja - t-shirt dan jeans sahaja, sama seperti pelajar-pelajar lain.
Hmm...Ana sudahpun berteman, tapi aku masih terkial-kial. Sesekali terasa cuak juga...
Nak bercerita tentang Qayyum? Entah apa yang istimewanya selain rupa parasnya yang kacak. Aku belum lagi mengenali hati budinya. Kenapa aku bercerita tentang dia pula? Meminjam kata-kata Ana, lupakanlah masa, semuanya akan jadi baik belaka.
Tumpuan Ana pula sejak akhir-akhir ini terlalu bertumpu pada Qayyum. Aku bagaikan tidak wujud lagi di matanya. Ana nak pergi lab...Ana nak pergi library...Ana nak pergi kafe... Semua itu diucapkan Ana tanpa perkataan "jom" seperti selalunya, sebelum Qayyum hadir dalam hidupnya. Akulah orangnya yang diheret ke hulu ke hilir menemani setiap langkahnya. Cemburu? Ah, tidaklah. Cuma rasa terpinggir kerana tumpuan Ana telah berubah seratus- peratus.
Untuk mengubat hati, aku mula menyibukkan diri dengan buku-buku pelajaran. Bersama Fatihah, aku mulakan study group, walaupun hanya berdua, tapi cukuplah. Setidak-tidaknya, kalau berteman, aku akan bertumpu lebih pada pelajaran kerana biasanya kalau bersendirian, mataku ini cepat sahaja layu ke bumi.
Di rumah, abah dan umi mula perasan akan perubahan Ana.yang sudah kurang masa bersama kami sekeluarga tapi lebih banyak berbual di telefon bimbitnya. Sudah tentunya bersama Qayyum. Hari minggu Ana juga sudah tak betah di rumah. Pada umi dan abah aku katakan yang Ana sedang sibuk dengan projek lukisan terbarunya dan diskusi bersama teman-teman kuliah. Harap-harap mereka percaya dan tidak akan bertanya lagi selepas ini kerana aku tidak tahu lagi apa yang harus dikatakan. Takkan pula aku nak katakan yang Ana sedang bercinta?
Friday, March 2, 2012
Saturday, February 25, 2012
BAB 2
Ana tidak pernah bercerita tentang lelaki. Aku sangkakan Ana anti lelaki ataupun mempunyai sejarah yang tidak baik dengan lelaki. Seumur aku mengenali Ana, tidak pernah seorang nama lelakipun yang terpacul daripada mulutnya. Aku pernah menarik perhatiannya tentang itu, tetapi Ana tidak memberi respon yang baik. Dia cuma menjawab acuh tak acuh. Sejak itu, kami tidak pernah bercerita tentang lelaki lagi. Lama...bertahun-tahun lamanya hingga akupun terlupa siapakah nama lelaki yang pernah aku ceritakan padanya dulu.
Tetapi dengan tidak semena-mena, pada suatu petang yang tiba-tiba mendung setelah hampir sebulan tidak hujan itu, Ana seperti telah melanggar pantangnya. Dari jam 5.00 hingga 7.00 petang itu, tidak kurang 10 kali dia menyebut nama seorang lelaki bernama Qayyum. Aku seperti ingin mengorek telinga biar habis semua sampah sarap di dalamnya bersih suci tanpa sebarang halangan. Aku tersalah dengarkah?
"Siapa Qayyum?"
"Qayyum tu budak baru kelas Ana. Baru seminggu dia kat kelas Ana. Dia tukar course. Dulu dia ambik fotografi. Bapak dia..."
"Ana, Jun cuma tanya siapa dia..." aku memotong percakapan Ana, membuatkan dia tersipu-sipu. Dari gaya percakapannya, aku dapat rasakan kehadiran Qayyum begitu istimewa di hati Ana. Tiba-tiba aku menjadi begitu teruja untuk berkenalan dengan Qayyum. Hebat sangatkah lelaki itu?
"Ana suka dia?" aku menduganya.
Ana diam. Cuma sesekali tersenyum.
"Kan Ana baru je kenal dia. Ana yakin ke Ana dah kenal dia sepenuhnya?" Tiada niat lain, aku cuma takut Ana tertipu. Lelaki zaman sekarang memang susah untuk dipercayai. Bukan tiada, cuma kurang.
Agak lama juga dia terdiam. Mungkin sedang mencari-cari ayat untuk berbicara.
"Kadang-kadang kita terperangkap dengan masalah masa. Lupakanlah masa, semua masalah akan selesai."
Sekali lagi aku buntu dengan jawapan Ana. Aku cuba mencari apa maksud di sebalik kata-kata itu walaupun aku tahu pemahaman aku tentang dunia falsafah sungguh lemah seperti sotong yang tidak bertulang. Lembik.
"Nanti Ana kenalkan dia pada Jun."
"Hmmm..." Entah apa yang aku maksudkan dengan bunyian itu. Mungkin jawapan aku ya ataupun terserah pada keadaan sahaja. Tapi apa yang dapat aku pastikan, Ana beria-ia benar. Tak sampai hati pula aku ingin menongkah niatnya.
Tengoklah pada keadaannya nanti. Tapi apa yang aku dapat rasakan, pilihan hati Ana bukanlah sembarangan orang. Tentu ada istimewanya Qayyum di hati Ana.

Friday, February 24, 2012
BAB 1
Raihana atau Ana bagi sesetengah orang, adalah seorang yang sangat berahsia. Tapi tidak dengan aku. Mulut Ana memang suka bercerita kalau bersama denganku. Apa sahaja boleh diceritakan. Mungkin sifat pemalunya untuk bergaul dengan orang lain membuatkan dia lebih banyak berdiam bila berjumpa dengan mereka. Ataupun kerana hanya aku yang menjadi sahabatnya sejak kecil hinggalah ke kolej yang sama sekarang, menjadikan sifat malunya tiada padaku. Tetapi apa yang aku kagum tentang Ana, sejak kecil dia tidak pernah merungut dengan kekurangan yang ada padanya. Seolah-olah pemergian orangtuanya tidak memberi kesan yang mendalam. Hidup mesti diteruskan - itulah yang diulang berkali-kali setiap kali aku bertanya tentang keadaan itu. Rasanya aku tidaklah setabah itu.
Ana dan aku tidak mengambil jurusan yang sama. Aku mengambil jurusan perniagaan manakala dia lebih menjurus kepada seni, kerana itulah dia mengambil jurusan seni lukis. Cuma sekali-sekala kami akan bertemu di kelas Psikologi dan Bahasa Perancis. Lukisan Ana memang cantik. Tidak dinafikan lagi. Cuma dia lebih terarah kepada lukisan alam semulajadi dan contengan-contengan yang aku sendiri tidak faham pengertiannya walaupun Ana menerangkannya dengan panjang lebar. Aku memang buta seni. Tapi aku hairan kenapa Ana tidak pernah melukis potret. Katanya wajah manusia tidak perlu dipotretkan kecuali orang itu benar-benar berrmakna dalam hidup. Sehingga itu, biarlah wajah-wajah itu hidup di hati, bukan di kanvas. Bait-bait perkataan itulah yang membuatkan aku pening untuk memahaminya. Biarlah...untuk bercakap tentang tafsiran seni dengan orang macam aku, memang seperti curah air ke daun keladi saja.
Kasih umi dan abah pada Ana juga tidak banyak bezanya dengan aku. Apa yang aku ada, itulah juga yang ada pada Ana. Mujur mereka dapat menerima Ana dengan baik dan Ana juga tidak pernah merungut tentang keluarga kami yang agak ramai itu. Sekali sekala kami akan bergurau seperti adik beradik.

Tuesday, January 31, 2012
PROLOG
Dari mana aku harus mulakan? Dari riwayat hidupnya dari kecil? Ataupun teruskan kisah pertemuan antara mereka berdua? Raihana bukanlah orang lain, dia adalah sepupuku, sebelah ibu. Tidak banyak kisah tentang ahli keluarganya yang aku tahu melalui ibu memandangkan aku bukanlah jenis orang yang suka bertanya itu ini. Cuma yang aku tahu, ibu bapanya meninggal ketika dia masih kecil lagi. Memandangkan dia adalah anak tunggal dalam keluarga, dan hanya aku lah tempat dia meluahkan perasaan. Oh ya, setelah orangtuanya meninggal, ibu mengambilnya sebagai anak angkat dan tinggal bersama kami.
Apa yang akan aku kisahkan ini bukanlah antara aku dan Raihana, tapi kisah antara Raihana dengan seseorang. Seorang lelaki yang amat sangat disayanginya. Raihana banyak bercerita tentang lelaki itu. Sejak dari awal pertemuan mereka, kisah cinta antara mereka sehinggalah satu peristiwa yang amat hebat yang berlaku antara mereka.
Aku kisahkan semula cerita cinta mereka berdua. Cinta Raihana dan Qayyum...

Subscribe to:
Posts (Atom)